eyy0w?? me0uiiuuuu miuuuuww..
( upss kucing gatal pulak..haha)
berdirinya sayer di sini ingin menambahkan inf0 kepada anda dan anda2 sekalian... meh nak share2 sket.. berkenaan keanehan manusia.. best aw bl0g ni.. dia mcm 0h tidak ! juga la.. jum f0ll0w2.. ak amek 1 ni.. nak share nan k0wang..hihi~
enj0y!~
Keanehan Manusia di Asia yg mengejutkan dunia
Sumber dari akuislam.com
The Horny Grandma [CHINA]
Granny Zhao – dikenali sebagai “Dulu” - seorang wanita tua dari Zhanjiang yang terkenal kerana mempunyai ‘tanduk’ di dahinya. Menurut keluarganya, tanduk itu muncul sekitar 3 tahun yang lalu, yang sebelumnya adalah tahi lalat kecil biasa.
Namun tanpa sebab yang diketahui, tahi lalat itu terus membesar dengan rancak. Pada awalnya, tahi lalat itu dibiarkan sahaja. Pertumbuhan tahi lalat itu menjadi tidak terkawal bahkan kini sangat menggangu pandangannya.
“Saya menjadi tidak selesa kerana ia telah menghalang pandangan saya” kata nenek Zhao.
.
The Over-Sized Fingers [CHINA]
Pada 2007 lalu, Liu Hau menjalani pembedahan merekonstruksi tangannya di hospital Shanghai. Dari pembedahan itu, doktor membuang 5.1kg daging & tulang dari cari tersebut.
The Tree-Trunk Leg [CHINA]
Chen Zongtao, tidak dapat menggunakan kakinya yang seberat 150 paun (lebih kurang 70kg la). Pertumbuhan daging melampau ini dialaminya sejak masih kanak-kanak lagi.
Akibatnya, Chen tak dapat bangun, ia hanya boleh menghabiskan waktunya di katil. Doktor mengesahkan bahawa Chen menderita neurofibroma.
The Chinese Elephant Man [CHINA]
Keadaan dan foto-fotonya yang aneh tersebar ke seluruh dunia dan mengejutkan ramai pihak. Huang Chuncai, popular dengan sebutan ‘Chinese Elephant Man.
Tumor yang membesar sehingga seberat 15 kg telah menarik kulit wajahnya sehingga mengubah wajah Huang menjadi sangat aneh. Penyakit ini membuatkan Huang sangat menderita, bahkan untuk makan pun dia harus bersusah payah.
Tumor yang membesar sehingga seberat 15 kg telah menarik kulit wajahnya sehingga mengubah wajah Huang menjadi sangat aneh. Penyakit ini membuatkan Huang sangat menderita, bahkan untuk makan pun dia harus bersusah payah.
Huang mendapat tawaran pembedahan secara percuma dari Fuda Cancer Hospital di Guangzhou. Foto ini adalah salah satu foto yang diambil setelah pembedahan kedua,pada januari 2008.
Pada awalnya penduduk di daerah Nagpur mengesyaki Sanju Bhagat, yang mempunyai perut buncit secara tidak normal adalah seorang penagih alkohol serius. Petani usia 36 tahun itu beranggapan bahawa perutnya yang membesar mirip orang hamil itu adalah akibat ketumbuhan.
Setelah menjalankan analisis di hospital, doktor mengesahkan bahawa di dalam perutnya terdapat parasit kembarnya. Parasit itu yang menjadikan nafsu makan Bhagat sangat luar biasa melampaui orang normal.
.
The Tree Man [INDONESIA]
“Lelaki Pokok” Indonesia yang dikenali sebagai Dede menderita oleh penyakit kombinasi Human Papilloma (HPV) dan kekacauan genetik. Pertumbuhan kutil yang terus menerus menular ke keseluruhan tubuhnya
Akibatnya, dede mendapat cemohan dari banyak orang, sehingga kehilangan pekerjaan .Dede yang telah memiliki dua anak ini telah menjalani pembedahan di Hospital Hasan Sadikin, Bandung dengan pembiayaan pemerintah.
The Gigantic Face [VIETNAM]
Lai Ti Dao adalah seorang gadis kecil yang menderita penyakit tumor Schwannoma, yang pada awalnya hanyalah sebuah benjolan biasa di kerongkongannya. Namun benjolan ini kemudiannya membesar dan nyaris membunuhnya.
Lai Ti Dao segera diterbangkan ke Miami Amerika Syarikat. Di sana dia menjalani pembedahan selama 10 jam dan doktor berjaya membuang 10 paun tumor.
The Conehead [VIETNAM]
Nguyen Xuan Minh berumur 5 tahun ketika gambar ini diambil di Tu Du Hospital pada tahun 2005. Keadaannya aneh dengan kepala memanjang ke atas dan matanya menonjol.
Pakar perubatan di hospital itu kebingungan dengan keadaan kanak – kanak yang aneh ini. Kebanyakan orang percaya bahawa Nguyen mungkin adalah salah satu mangsa senjata biokimia yang digunakan oleh angkatan tentera Amerika semasa menceroboh Vietnam. Ibubapa Nguyen mungkin tercemar (contaminated) oleh senjata biokimia ini, sehingga kanak – kanak malang ini dilahirkan cacat.
eeeiiihh ... takot nyer tgk gmbr2 nih..
ReplyDeleteTetiber insaf .. Alhamdulillah di lahirkan sempurna walaupun kurang cantik cm org lain .. hihiii ..
By the way , nice info !! :P
ya.. kte mmg patut bersyukur dilahirkan sempurna... =)
ReplyDeleteTq Allah =)
huhu siannye...berat mate memandang...=((dame2 la doa allah kurangkan penderitaan mereke
ReplyDelete