Seoul,Korea

Seoul,Korea
sushishashi.blogspot.com

Sunday 20 March 2011

Tips temuduga

hi k0wrunk !!
pena g intebiu x?? xkira la MAS, Banking, Corporate kew.. c0mpany2 yg s0mb0ng n b0ngkak ke? even g0verment... hmmm x2ally im sick 0f interviewing.. well fresh graduate k0wt.. mana ade pengalaman sgt pasal p0st exec 0r pape yg agak pr0fessi0nal.. blaja pun xtinggi sgt.. stgh c0mpany amat2 cerewet dlm pemilihan pekerja baru,, sampai 1 p0st pun dia wat interview besar2an.. ak bkn pew.. kesian la gk pada candidate2 yg dtg dr jauh dgn penuh harapan.. n berusaha sehabis baik ( eh..mcm lagu ana raffali lak ) t0k dptkan p0st 2.. alih2 rupa2nya.. 0rg dalam jugak yg terpilih?? tak ke "banggengs" cenggitu... kadang ak kesian gak ( kat ak jugak )...pitty u..

Dlm paper dlu n n0wadays slalu sgt ckp pasal siswa/siswazah memilih keje??
hey ! c0me 0n la... kal0 xmemilih.. bek xpayah nak stdy.. t0l x?? bek lepas spm atau xsk0lah je cam2?? xkesian ke tgk dak2 degree, master blaja bertaun2 demi dpt keje yg baik.. tp keje kilang>?? ( xmemilih sgt kan kau kate?? ) hurrghhhhh! ! ! ( xsemua 0rg bley trima bekerja dr bwh )

pena k0rang dgr x pasal 0rg gaji SPM same je ngn dak2 gaji degree 0r dipl0ma?? pena dgr x??
0k, kal0 k0rang ade chance t0k dptkan pluang kje lg bagus? xkan xnak grab kan?? kita keje t0k cr rezki bg menampung hdp.. n skg demand tinggi....

k la.. meh cni ak share kan tips t0k interview.. berdasarkan pengalaman interviewer.. tips ni ak slalu gak praktikkan.. n ak nak k0ngsi nan k0wang.. SHARING IS CARING rite??

--------------------------- tips ni ditujukan kpd semua g0l0ngan umur.. even warga emas like me ------------------------ hihi..


Go to fullsize image
makk ai.. tat0tnyaaa !


Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon- calon, kelemahan tersebut juga berulang-ulang. Soalan biasa tidak kiralah samada interview di dalam bahasa Inggeris, Melayu atau Arab,
Soalan awal adalah :-

“Please introduce yourself” atau “Sila perkenalkan diri anda”

Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.
Jawapan calon bagaimana?

“Saya berasal dari kampung sekian, sekian.. adik beradik 11 orang, saya anak yang sulong, ibu bapa saya bekerja itu dan ini” saya sekolah tadika di…, ” Saya sudah berkahwin dah punyai …. anak”
---- Bagi saya, jika calon menjawab seperti awapan di atas, ia adalah suatu kekurangan pada minda calon dan disadvantage s’ buat calon tersebut.
Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan  pngenalan diri dalam hal yang berkaitan
dengan kerjaya yang diminta sahaja.
Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-

1) Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan
Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang
dipohon.

2) Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)
3) Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.
Saya kira, tiga point tadi sudah cukup,tidak perlu menghuraikan silsilah keluarga , nama emak, nama atuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.

Selapas soalan pertama, panel biasanyaakan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-

1) Panel akan melihat keputusan peperik saan dan subjek yang diambil
calon di Universiti dan akan mengutarakan soalan berkenaannya. Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan
yang diminta.

Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah Executive di sebuah Islamic Bank. Sudah tentu panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman subjek Fiqh Muamalat yang diambil calon ketika di universiti. Demikian juga subjek Qawaid Fiqh dan
lain-lain yang berkaitan.

2) Tugas yang calon lakukan sekarang. Sekiranya ia sedang bertugas) dan
kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang. Tatakala itu, calon mestilah bersedia
dengan segala point yang dapat mengaitkan kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza.

Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier di sebuah
pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan kelulusannya), dan sekarang calon memohon tugas sebagai eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta.Maka calon mestilah berupaya mengaitkan kaedah kerjayanya sebagai cashier dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain”

Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.
3) Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.
Ini soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah amat
penting untuk panel menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapan pastinya banyak embantu,Kenalan saya pernah memberitahu bahawa
banyak calon bumiputra gagal memberikan jawapan yang baik dalam soalan ini.
Malah hingga ada yang mengatakan : Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun sebenarnya”. Kata sebegini adalah satu kesilapan besar.

4) Mengapa kerap menukar kerja?

Soalan ini amat relevan dan penting bagi panel iaitu dalam situasi anda pernah bekerja di pelbagai syarikat dan organisasi sebelum ini, atau kata lainnya, ‘melompat-lompat’. Mereka pasti akan bertanya sebab-musabab melompat, malah sebahagian Managing Director dalam sektor ‘Oil &  Gas’ pernah berkata kepada saya : Semua calon yang dilihat banyak melompat dari syarikat ke syarikat dalam tempoh kurang setahun atau dua tahun, awal-awal kami dah reject” L ihat , malah dalam kebanyakan sektor swasta mereka akan menilai tahap esetiaan anda dengan satu syarikat. Mereka tidak mahu anda melakukan demikian kepada syarikat mereka nanti. Jawapan konkrit perlu anda sediakan.

Tanpa jawatan konkrit, kebanyakan majikan akan menggangap individu yang kerap melompat sebagai :-) Tidak setia kepada satu-satu organsasi.

2) Gila pangkat.
3) Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.
4) Pengejar kenaikan gaji secara rakus.Iaitu dengan cara melompat-lompat.
5) Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.
6) Kurang kemahiran interpersonel.
Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus :-
1) Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.
2) Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa
bercakap
3) Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.
4) Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.
5) Minat calon dalam kerjaya yang dipohon
.


Ini adalah antara fokus utama seorang panel. Namun, jika jawatan yang dipohon adalah sebagai eksekutif sahaja. Biasanya panel akan bersifat lebih toleransi kerana jawatan eksekutif adalah satu jawatan yang masih dikira kecil di dalam sebuah organisasi dan
syarikat. Justeru, tahap ilmu dan kemahiran tidaklah menuntut satu tahap yang tinggi.

Bagaimanapun, sesiapa yang mampu menunjukkan tahap kemahiran dan ilmu dengan cemerlang sudah tentu lebih baik. Bagaimana pun point 2,3,4 dan 5 masih amat penting buat calon, walaupun hanya bagi jawatan eksekutif.

Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan graduan kita dalam hal ini.
Antaranya :-


a- Tidak yakin dengan jawapan.  ( mcm ak..haha ). Ada dua jenis soalan dalam temuduga, yang
pertama soalan fakta dan yang kedua soalan bukan fakta.

Bagi soalan yang memerlukan fakta tepat, jika calon tidak mampu menjawab, mereka
masih perlu menunjukkan keupayaan untuk merujuk kepada sumber-sumber tertentu.

Bag i soalan yang memerlukan pandangan bebas bukan fakta; keyakinan amat penting. Keyakinan itu perlu dizahirkan melalui cara dan intonasi bercakap, memek muka dan sedikit pergerakan tangan.
Ini tidak, bila ada yang tidak boleh jawab soalan fakta, mulalah terganggu pemikirannya sehingga semua jawapan selepas itu tidak yakin. Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya, Anda sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini”

b- Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang. Ini adalah aspek
penting dalam sebuah temuduga, calon mesti menunjukkan minat untuk menyumbang
dan mempelajari jika diterima sebagai eksekutif , tunjukkan minat dan keghairahan untuk belajar, dan bukannya sekadar “InshaAllah” dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak bermotivasi .
Kebanyakkan panel temuduga ingin melihat bakat calon untuk diperkembangkan kelak.
Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat orang yang punyai pengalaman 10 tahun. Apa yang diharapkan adalah persediaan dan pembuktian bahawa anda adalah seorang calon yang berbakat.

- Merendah diri. Benar, merendah diri dalah satu sifat yang terpuji dalam Islam tetapi semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri. Bukan meninggi diri dalam bentuk melampau dan ‘over’ tetapi cukup sekadar menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk jawatanyang dipohon.
d- Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan.

Calon perlu relaks dan kelihatan selesa semasa temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan anda dalam sebuah temuduga. Ia mudah menganggu debaran hati dan jantung anda. Bayangkan anda dedang berbincang dengan guru sahaja.Lagi sektor swasta, kemampuan calon m enunjukkan ketenangannya dan relaksnya dalam temuduga mampu memberi kredit kepada calon. Ia membuktikan calon adalah orang yang boleh menanggung beban dan stress kerja swasta yang biasanya sibuk dan tertekan.
Tahap akhir
Sebagai ringkasan dalam tulisan ini,panel akan melihat kepada gaji semasa anda, dan gaji yang dipohon. Ini sebenarnya adalah satu proses ujian kematangan yang hebat. Calon mesti erhati-hati agar tidak dihentam dan ditertawakan.  Justeru, ‘expected salary’ mestilah melihat kepada ‘salary scale’ di dalam pasaran dan gaji calon sekarang.
Untuk itu, calon mesti membuat kajian tahap gaji seorang eksekutif di bidang perbankan sebagai contoh. Atau sector pendidikan dan lain-lain. Jangan membuka kelemahan diri dengan memohon gaji seorang pengurus atau gaji seorang pekerja kilang sahaja.
Janga n letak terlalu tinggi dan jangan tersilap minta terlalu rendah berbanding
kelulusan anda.
Jika anda seorang yang cemerlang dan munyai sarjana yang specifik dalam jawatan dan bidang tugas yang dipohon, lihat pula sektor apa, jika dalam sektor perbankan Islam sebagai contoh, jangan letak kurang dari RM 3000 sebulan. Kika calon meletakkan bawah dari RM 3000 engan kreteria yang disebut di atas, ia menunjukkan calon kurang mengkaji dan kurang matang dalam sektor pekerjaan.
Jika calon punyai pengalaman 2 tahun, jangan pula letak gaji dipohon sebanyak RM 6000. Sudah tentu akan ditertawakan oleh panel, jika tidak di hadapan calon, dibelakang sudah tentu agaknya. Sebenarnya banyak aspek yang perlu dilihat dalam meletakkan gaji yang
dijangka. Termasuk aspek :-

1) Saiz Syarikat : Syarikat besar atau kecil, tempatan atau antarabangsa.Semuanya punyai ‘scale’ yang berbeza.
2) Jenis sektor : Kejuruteraan,Perbankan dan Kewangan, Pendidikan, Konsu ltan dan lain-lain. Ini juga banyak berbeza.
3) Jenis Kemahiran : jenis kemahiran khas atau biasa. Kemahiran yang mudah dijumpai di pasaran adalah lebih murah dan yang sukar. Sebagai contoh ; calon yang punyai kemahiran Fiqh Mualamat dan Perbankan Islam amat sukar ditemui dalam pasaran, hasilnya calon yang punyai pengalaman boleh meletakkan permohonan sediki t tinggi.
4) Jenis Jawatan : Ia amat banyak mempengaruhi gaji jangkaan. Termasuklah lama jawatan, iaitu eksekutif, Eksekutif Kanan, Pengurus, Pengurus Kanan dan lain-lain. Juga dari aspek, jawatan tetap, kontrak atau separuh masa. Semua mempunyai scale masing-masing.Justeru, calon perlu merujuk kepada mereka yag berpengalaman untuk
menentukan gaji jangkaan. Jangkaan yang tepat pula pastinya akan ditanya oleh panel,

“Menga pa anda layak dengan gaji sebanyak ni?”
Jawapan perlu disediakan dari awal. Elok juga disebutkan kepada panel bahawa ia
terbuka untuk perbincangan. Tatkala itu, panel akan bertanya lagi;

“Berapa minimum yang anda boleh agaknya?”
Sekali lagi anda perlu menyiapkan jawapa n dari awal.
Oleh kerana biasanya soalan ini di akhir temuduga, calon juga boleh menilai serba sedikit prestasinya dan respon panel
temuduga dalam meletakkan aras minimum kaji yang dijangka. Jika panel kelihatan
menyuka i anda dan anda juga kelihatan performed’ dalam temuduga, bolehlah anda nilaikan gaji minimum yang sedikit tinggi. Demikian sebaliknya. 


Soalan Penutup ;

Biasa nya, soalan penutup panel temuduga ialah:
“Do you have any question?” atau “Saudara/i ada apa-apa soalan?”
Keba nyakan calon akan mengatakan ‘Tiada soalan”.Lagi saya, ia sekali lagi satu tindakan
yang kurang tepat. Panel sebenarnya ingin menilai minda anda terhadap kerja yang dipinta. Justeru lebih baik anda bertanya,pastikan pertanyaan adalah standard dan menunjukkan anda seorang yang berpandangan jauh. Seperti tanya berkenaan masa depan syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap kestabilan syarikat dan lain-lain.
Bagaim anapun, jika calon terlalu tidak performed’ di peringkat awal temuduga, soalan- soalan besar ini mungkin tidak perlu kerana akan membosankan panel.
Demiki anlah, beberapa nasihat dan pandangan ringkas saya buat bekalan rakan-rakan pengunjung yang majoritinya beumur 22- 35 tahun. Sudah tentu proses temuduga akan berterusan dalam usia ini. Harapan saya, ia mampu membantu serba sedikit persiapan karier anda agar lebih berjaya.

Nabi Muhammad s. a. w bersabda :-

Ertinya : Sesungguhnya Allah s. w. t mnyukai seseorang kamu apabila ia melakukan sesuatu kerja, ia sentiasa memperkemas dan menekuninya”
(Riwayat at-Tabrani,  terdapat komentar terhadap eorang perawinya iaitu Mus’ab bin Thabit, Ibn Hibban men ‘thiqahi’nya ,  dan majority melemahkannya)
Menurut sebuah hadis sohih pula :-Ertinya : “Sesungguhnya Allah s. w. t telah mewajibkan al-ihsan (professional,ketekunan dan ketepatan) dalam semua kerja, maka apabila kamu ingin berburu maka perkemaskan perburuanmu, apabila kamu ingin menyembelih maka perelokkanlah cara pemyembelihanmu,hendaklah ditajamkan alat sembelihanmu agar dapat merehatkan binatang yang disembelih”( Riwayat Muslim, 3/1548 )

Kedua-dua hadis ini menganjurkan kecek apan dan professionalism dalam kerja. Tingkatkan ilmu dan kemahiran bermula dari proses temuduga. Moga Allah
bersama kita sentiasa.
Sekian.

5 comments:

  1. thanks for the tips..:-d

    ReplyDelete
  2. welc0me2.. ngeee~
    tips ni amat berguna t0k u nanti
    huhuhuuu xD

    ReplyDelete
  3. weh weh! aku ade tag sumthing kat kau kat entry aku. kalau rajin masuk la contest tu ek. ;)

    ReplyDelete
  4. etika- ak xde pic yg nampak cermin...
    slipers- g0 g0 cik selipar t0o

    ReplyDelete